jump to navigation

SPM : Nota Perkahwinan dalam Islam June 13, 2008

Posted by farisi2002 in Uncategorized.
add a comment

Untuk download nota SILA KLIK DI SINI.

Ijab dan Qabul June 12, 2008

Posted by farisi2002 in Uncategorized.
add a comment

Ijab dan Qabul adalah akad nikah. Perkahwinan dianggap sah apabila diakadkan oleh wali atau wakilnya dan dipersetujui oleh bakal suami atau wakilnya.


Ijab adalah lafaz yang diucapkan oleh wali. Contohnya wali atau wakil wali berkata, ‘Aku nikahkan engkau dengan anakku Wafa binti Wafi dengan maskahwin RM100 tunai’. Qabul pula adalah jawapan penerimaan yang diucapkan oleh bakal suami. Contohnya ia berkata, ‘Aku terima nikah Wafa binti Wafi dengan maskahwin RM100 tunai

Ijab biasanya mendahuli qabul. Namun, sah akad jika menyebut qabul dahulu. Ijab dan qabul mempunyai syarat-syarat tertentu, iaitu :

(a) Ijab dilafazkan oleh wali atau wakilnya, sementara qabul dilafazkan oleh bakal suami atau wakilnya;

(b) Lafaz ijab dan qabul mestilah disebut dengan jelas;

(c) Ijab dan qabul berlaku dalam satu majlis;

(d) Ijab dan qabul tidak diselangi diam yang lama atau perkataan yang tidak berkaitan;

(e) Ijab dan qabul tidak disertai dengan lafaz taklik seperti ’Aku terima nikah jika aku mendapat pekerjaan;

(f) Ijab dan qabul tidak dibataskan dengan tempoh masa; dan

(g) Bahasa yang digunakan jelas difahami oleh wali, suami dan dua orang saksi;